Produk Penjagaan Kulit Yang Terbaik Anda Perlu

ARTIKLE 4
Bella Skin Care 3

Produk Penjagaan Kulit Terbaik Yang Anda Perlu

Terdapat banyak jenis produk penjagaan kulit khas untuk keperluan setiap orang.

Ramai orang menguraikan rutin Korea 10-langkah penjagaan kulit dengan:

  1. Pencuci muka
  2. Pembersih jenis buih
  3. Pengelupas
  4. Toner
  5. Essence
  6. Serum
  7. Topeng Sheet Mask
  8. Krim mata
  9. Pelembap
  10. Sunblock (pada waktu pagi) atau Sleeping Mask (pada waktu petang)

Anda mungkin juga tertanya-tanya sama ada masa yang diperlukan setiap hari dan juga kos kesemua penjagaan kulit ini akan memberi hasil yang memuaskan. Dan juga sama ada ia sesuai untuk jenis kulit anda.

Kami, di Klinik Bella, ingin berkongsi tentang pengalaman penjagaan kulit jenis 10-langkah kami mengenai perkara wajib untuk kulit anda.

Kadang-kadang pengurangan barang-barang penjagaan kulit boleh memberi lebih bermanfaat untuk kulit anda!

1. Menggabungkan skincare yang tidak serasi

Jika anda memilih rutin penjagaan kulit 10 langkah, anda harus berhati-hati untuk memilih bahan yang betul bagi setiap produk DAN susunan aplikasi skincare yang betul

Contohnya, penggunaan serum yang mengandungi retinol untuk (pembaharuan kulit lebih cepat) dan toner yang mengandungi benzoyl peroksida boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu nipis dan bersisik.

Untuk susunan penjagaan skincare anda boleh bermula dengan skincare jenis tekstur yang lebih ringan dahulu sebelum menggunakan tekstur yang lebih tebal, dimana skincare yang lebih tebal (seperti pelembap krim) akan menghalang penyerapan serum efektif.

2. Produk skincare berlebihan pada kulit sensitif

Ia sangat penting untuk mengambil tahu manfaat bahan -bahan kandungan skincare.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai kedutan halus, anda boleh memilih produk yang mengandungi asid hyaluronik. Sekiranya kulit anda bermasalah dengan komedo dan jerawat, anda boleh memilih skincare mengandungi asid salisilik.

Gabungan produk skincare yang terlampau banyak boleh menyebabkan kegatalan. Kalau kemerahan kulit senang berlaku, kami mencadangkan rutin penjagaan kulit dengan produk yang minimum dan juga pemilihan bahan yang lembut pada kulit.

3. Ketahui apa jenis produk yang baik untuk anda

Percubaan produk skincare baru ke dalam rutin anda harus dengan satu demi satu. Langkah ini boleh memberitahu anda apakah produk yang memberi anda masalah.

4. Hanya produk penjagaan kulit yang asas adalah yang anda perlukan

Product penjagaan kulit yang asas terdiri daripada:

  • Pencuci muka
    Ini adalah langkah pertama dan paling penting dalam rutin penjagaan kulit anda untuk menghilangkan minyak.Pembersih yang mengandungi sabun boleh mengeringkan muka terlampau banyak.Ultra Hydrating Cleanser kami adalah pilihan cleanser baik untuk kulit sensitif dan kering kerana ia tidak mengandungi sabun yang keras (SLES atau SLS). Ia juga mengandungi asid hyaluronik untuk penghidratan kulit lembap.
    ultrahydrate01
  • Pelembab
    Pelembab mencegah kekeringan kulit dan melindungi kulit anda dari kekeringan.Bella Moisturizer Gel Cream adalah pelembap kami sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mengandungi tambahan filtrat rembesan siput untuk peremajaan muka dengan efek anti-penuaan.
    MGC template-01 
  • Pelindung matahari
    Pelindung matahari adalah sangat penting untuk melindungi kulit daripada sunburn. Ia juga penting untuk mencegah penuaan dalam jangka masa panjang.Bella SPF50 melindungi kulit anda dengan sekatan  sebanyak 98% sinar UVB.Sila memakai pelindung matahari anda di dalam rumah juga dan amalkan penyapuan sunblock berulangan setiap hari.
    sunscreen01 

Leave a Reply

×

Powered by WhatsApp Chat

× How can I help you?